Pena ICT

Thursday, February 10, 2005

Definisi Komputer


Komputer berasal dari bahasa latin computare yang bermaksud mengira. Oleh kerana bidang ilmu komputer yang terlalu luas, para pakar dan penyelidik mempunyai terminologi dan maksud yang berbeza-beza dalam mendefinisikan terminologi komputer.

1. Menurut Hamacher [1], komputer adalah mesin pengiraan elektronik yang cepat dan dapat menerima maklumat input digital, kemudian memproses input tersebut mengikut dengan program yang tersimpan di memorinya, dan menghasilkan output berupa maklumat.

2. Menurut Blissmer [2], komputer adalah suatu alat elektonik yang mampu melakukan beberapa tugas sebagai berikut:
- menerima input
- memproses input mengikut program
- menyimpan perintah-perintah dan hasil dari penakulan
- menghasilkan output dalam bentuk maklumat

3. Sedangan Fuori [3] berpendapat bahawa komputer adalah suatu proses data yang dapat melakukan perhitungan besar secara cepat, termasuk pengiraan aritmetk dan logik tanpa kawalan dari manusia.

Untuk menjadikan komputer sebagai pemproses data untuk menghasilkan suatu maklumat yang boleh difahami, maka suatu sistem komputer diwujudkan dimana terdiri dari hardware, software dan brainware. Ketiga-tiga elemen sistem komputer tersebut mestilah saling berhubungan dan membentuk suatu kesamaan. Hardware tidak akan berfungsi tanpa software, demikian juga sebaliknya. Dan keduanya tiada berguna apabila tidak ada manusia (brainware) yang mengendalikannya.

1. Hardware atau Perkakasan: peralatan yang secara fizikal boleh dilihat dan dipegang.
2. Software atau Perisian: program yang berisi arahan/command untuk melakukan proses data.
3. Brainware: manusia yang mengendalikan sistem komputer.

Kategori Komputer

Komputer dikategorikan mengikut tiga perkara: data yang diproses, penggunaan, kapatisi, dan generasinya.

Berdasarkan Data Yang Diproses

1. Komputer Analog
2. Komputer Digital
3. Komputer Hybrid

Berdasarkan Penggunannya

1. Komputer Untuk Tujuan Khusus (Special Purpose Computer)
2. Komputer Untuk Tujuan Umum (General Purpose Computer)

Berdasarkan Kapasiti dan Ukurannya

1. Komputer Mikro (Micro Computer)
2. Komputer Mini (Mini Computer)
3. Komputer Kecil (Small Computer)
4. Komputer Menengah (Medium Computer)
5. Komputer Besar (Large Computer)
6. Komputer Super (Super Computer)

Berdasarkan Generasinya

1. Komputer Generasi Pertama (1946-1959)
2. Komputer Generasi Kedua (1959-1964)
3. Komputer Generasi Ketiga (1964-1970)
4. Komputer Generasi Keempat (1979-sekarang)
5. Komputer Generasi Kelima

Rujukan
1. V. Carl Hamacher, Zvonko G. Vranesic, Safwat G. Zaky, Computer Organization (5th Edition), McGraw-Hill, 2001.
2. Robert H. Blissmer, Computer Annual, An Introduction to Information Systems 1985-1986 (2nd Edition), John Wiley & Sons, 1985.
3. William M. Fuori, Introduction to the Computer: The Tool of Business (3rd Edition), Prentice Hall, 1981.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home